Ronggeng Dukuh Paruk

Judul      : Ronggeng Dukuh Paruk
Penulis   : Ahmad Tohari
Type      : PDF



Ronggeng Dukuh paruk menceritakan seorang ronggeng yang bernama Srintil. Penampilan tarian Srintil lebih menarik kerana dibubuhi oleh perbuatan Sakum yang kocak dan cabul. Srintil ialah seorang wanita yang berumur 11 tahun yang menjadi ronggeng. Srintil tidak pernah bersekolah dan tidak pula pernah diberi didikan agama. Oleh sebab itu, dalam 11 tahun usianya Srintil belum tahu memilih mana yang baik dan mana yang tidak baik.

Ronggeng adalah seorang penari yang menjual kemahirannya menari dan menjual diri sebagai punca pendapatan. Ronggeng di Dukuh Paruk bernama Srintil. Ronggeng Srintil merupakan penari yang telah dimasuki arwah Indang Sri. Indang Sri merupakan ronggeng pertama yang lahir di Dukuh Paruk dan meninggal dunia dalam mala petaka ‘tempe bongkrek’. Selama sebelas tahun mala petaka itu melanda Dukuh Paruk, belum ada wanita yang dimasuki oleh arwah Indang Sri untuk menjadi Ronggeng di pedukuhan itu.


Pedukuhan merupakan sebuah kampung yang berasal daripada satu keturunan. Masyarakat di pedukuhan itu sangat gembira dengan hadirnya seorang ronggeng di tengah-tengah mereka. Apabila Srintil mandi, mesti ada yang memandikan. Srintil tidak perlu mengeluarkan duit daripada dompetnya untuk berbelanja. Apabila orang-orang yang menebang pisang yang sudah masak, pasti orang itu menyediakan satu sisir pisang yang paling baik untuk diberikan kepada Srintil. Sejak menjadi ronggeng, Srintil sangat disayangi oleh masyarakat.

Syarat untuk menjadi seorang ronggeng di Dukuh Paruk tidak mudah. Beberapa tahap mesti dipenuhi untuk menjadi ronggeng yang sempurna. Antaranya ialah tahap bukak-klambu, iaitu penjualan keperawanan Ronggeng. Kekayaan boleh membeli kesucian seorang ronggeng dalam sayembara tersebut. Sayembara inilah yang membuat Rasus gelisah. Ia merasa tidak rela kalau Srintil dijadikan sayembara. Dower datang dengan membawa seekor kerbau. Kertareja tidak mahu menerima hal tersebut kerana yang diinginkan adalah sekeping emas. Pada masa itu, datanglah Sulam dengan membawa sekeping emas. Kedua-dua pemuda tersebut bertengkar berebutkan Srintil. Akhirnya, mereka berdua dibodohi oleh Kertareja dan isterinya. Rasus meninggalkan Dukuh Paruk.

Pasar Dawuan merupakan tempat Rasus memperoleh pengalaman yang baru kerana mampu menilai kehidupan di Dukuh Paruk secara kritis, tentang kemelaratannya, kebodohannya, dan kemalasannya. Pada malam kesembilan terjadi rompakan di rumah Kertareja. Dalam kesempatan itu Rasus bertemu dengan neneknya. Rasus pulang ke rumah neneknya bersama Srintil. Srintil meminta agar Rasus menikah dengan Srintil tetapi Rasus menolaknya.


Silahkan download disini :


0 comments:

Post a Comment

Sebelum anda memberi komentar, silahkan masuk dengan menggunakan akun google atau URL openID anda agar kami dapat lebih mudah membalas komentar anda, terimakasih.